Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Sunday, 7 June 2009

Cara-cara memakai tudung style scallop

Baru-baru ni masa ke kedai untuk jahitkan tepi tudung, saya beritahu Cewek (ke cowok? ni pembantu kedai dari indonesia)tudung yang saya jahit ni style scallop, terus dia cakap "Oh scallop yang seperti langsir tu ya?"... hahahah... *^_^*

Ok, begini caranya:


Mula-mula tu pakailah tudung tu seperti biasa. Jahitan tengah di bahagian dada.


Ambil hujung bahagian jahitan tu dan bawa ke bahu, pin kan.


Kemaskan scallop (atau langsir dada) anda.... lebih baik kalau pakai pin di sebelah kiri dan kanan bahu.

Saturday, 2 May 2009

Untuk Tempahan .. >>DITUTUP

Ini adalah kain untuk dibuat awning yang ada di dalam stok saya.

Untuk tempahan, pilih awning yang berkenan di hati dan saya akan jahitkan dengan kain tudung yang matching warnanya. Kain tudung akan dipilih dari jenis J1 atau J2, mengikut availability kain pada supplier.


Pilihan Awning (RM5):


A1 - Shantung silk, hitam (sold)
A2 - Denim, hitam
A3 - Cotton, putih, corak hitam


A4 - Brocade, very light purple, bunga2 kecil
A5 - Brocade, hitam, bunga2 kecil
A6 - Cotton, hitam, strawberry
A7 - Cotton, cream, polka dot hitam

Harga tempahan (tidak termasuk kos pos): Harga awning (RM5) + harga kain (J1=RM23 atau J2=RM20) + upah (RM10)

Set tudung untuk tempahan (harga tidak termasuk kos pos):

Set 1 RM38 Tudung biasa shj


Awning Shantung Silk dan matching J1 as kain tudung, warna olive (hijau lumut) sold

Set 2 RM24 Tudung biasa/scallop - Awning brocade dan matching jv, peach

Set 3 RM30 Tudung scallop shj - Awning cotton dan tudung lycra, putih


Kain tudung sahaja:

Telah dipotong template scallop, turqoise, J1, RM23 sold

Ready made tudung:

Monday, 27 April 2009

Jenis Tudung

Buat masa ini saya hanya menjahit 2 jenis tudung menggunakan template biasa (rasanya template cupcake (ni nama salah seorang sifu tudung), rupa tudung ni macam tudung ar1an1).

Template biasa:

Labuh tudung ni di bwh paras dada. Awning boleh buat half-awning atau full awning (4"). Panjang awning boleh dibuat 14" atau 15".
*Ni gambar candid

Template Scallop: